Tempat-tempat Menarik di Terengganu

Tasik Kenyir 

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara yang terletak di sempadan negeri Pahang dan Kelantan.Hutan Simpan Tembat, Petuang, Hulu Telemong dan UluTerengganu merupakan hutan-hutan simpan yang berada di dalam kawasan Tasik Kenyir.Antara air terjun yang menjadi tarikan utama di sini ialah Lasir, Saok, dan Tembat.




Air Terjun Sekayu

Salah satu tempat menarik di Terengganu yang harus anda kunjungi bagi menikmati keindahan alam semulajadi. Kawasan air terjun Sekayu yang menjadi tumpuan penduduk tempatan terutamanya pada hari Jumaat dan cuti awam ini, terletak 56km selatan-baratKuala Terengganu, berdekatan Kuala Berang.


Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula  dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa.

Pulau Redang

Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.