Wednesday 1 February 2012

Tempat-tempat Menarik di Kelantan

Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Pantai yang terkenal di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB) dahulunya PCB dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Keindahannya dihiasi dengan pokok Ru dan pokok kelapa bagi pengunjung menikmati keindahan pantai ini. Pantai ini sesuai bagi pengunjung yang ingin beristirehat bersama keluarga.


Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu. Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Pasar Siti Khadijah adalah pasar yang paling terkenal di Kelantan.Di pasar ini semua jenis barangan ada dijual di antaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi. Satu perkara yang unik di Pasar Siti Khadijah adalah semua peniaganya adalah sebahagian besarnya adalah wanita di samping mengenakan perhiasan emas seperti rantai leher, gelang tangan yang agak banyak.
Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.


 Taman cendawan 

 Taman cendawan adalah salah satu tempat yang menarik di Taman Pertanian Malaysia.Taman seluas 2 hektar ini menyediakan berbagai-bagai spesis cendawan liar yang terdapat di seluruh Malaysia.Untuk memberikan maklumat yang lebih kepada pengunjung taman ini, Sebuah Muzium Cendawan di bina di taman ini.Muzium ini memberikan maklumat tentang berbagai jenis cendawan, cara penanaman cendawan dan bahan -bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cendawan.Terdapat berbagai jenis cendawan di Malaysia.Ada yang boleh dimakan dan sudah tentu menambah selera . Ada juga yang  beracun dan ditanam bagi tujuan kajian dan sains.


Kuil Buddha 

 Tiga patung Buddha yang dibina dengan bentuk tersendiri termasuk salah satunya yang kedua terbesar di dunia, adalah antara produk pelancongan menarik di negeri ini.
Ketiga-tiganya ialah patung Buddha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Jalan Meranti yang kedua terbesar di dunia selepas Myanmar, Buddha duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Buddha berdiri di Kampung Terbok, kesemuanya dalam Jajahan Tumpat.
Kesemuanya adalah sebahagian daripada patung-patung yang terdapat di 28 buah tokong Buddha dengan 24 daripadanya terus dikunjungi pelawat.









No comments:

Post a Comment