Wednesday 1 February 2012

Tempat-tempat Menarik di Kuala Lumpur



Chinatown 
Terletak di salah satu kawasan bandar yang sibuk di Jalan Petaling, Jalan Sultan dan Jalan Bandar. Pasar tersebut dibuka mulai petang sehingga larut malam. Anda perlu tawar-menawar untuk barang yang anda idamkan. Harganya memang murah dan berpatutan. Barang yang dijual dan dipaparkan bermula dari tekstil, barang rumah tangga, peralatan peribadi, buah-buahan dan lain-lain lagi.






Menara Berkembar Petronas
Ketika ini menara ini merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia. Ia terdiri dua menara, yang dihubungkan oleh jambatan. Petronas Twin Towers mempunyai ketinggian 452m dan mempunyai 88 tingkat.





Bangunan Sultan Abdul Samad
Dibina antara 1894-1897, merupakan kubah dan ‘clocktower’ sepanjang 41 meter menjadikannya sebagai salah satu bangunan bandar yang paling sering menjadi tarikan untuk dirakamkan menggunakan kamera.





Pasar Seni Budaya
Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang. Bangunan ini banyak menarik pengunjung luar negara untuk mendapatkan cenderamata seperti jam antik, perhiasan, permata, ukiran kayu, batik dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.



Litar Antarabangsa Sepang

Litar Antarabangsa Sepang ialah litar yang digunakan untuk perlumbaan Grand Prix A1 , Grand Prix Motosikal dan perlumbaan Formula Satu. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di Selatan Kuala Lumpur.
Litar ini telah direka oleh pereka dari Jerman, Herman Tilke yang juga telah mereka litar untuk Shanghai, Bahrain dan Turki.Litar ini mampu menampung 80 ,000 penonton dalam satu-satu masa.





No comments:

Post a Comment